Powered By Blogger

Sunday, 29 July 2012

Seni Bina Tamadun Mesir Purba

Piramid


        Piramid merujuk kepada bentuk geometri yang terdiri daripada satu tapak dengan pepenjuru yang bersambung dengan kemuncak yang sama, membentuk segitiga. Sekiranya tidak dinyatakan, tapak biasanya empat segi sama. Isipadu piramid adalah A × h / 3, dimana A merupakan luas tapak dan h merupakan ketinggian tapak sehingga ke puncak.

Binaan Piramid

Bangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM).
 
Piramid Besar Kufu
Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan kelonsong batu kapur tersebut telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan sekitarnya pada zaman selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang kelihatan pada masa sekarang.
 
Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam. Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)
Orang-orang Babylon juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat, sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai ziggurat. Menara Babel dalam kitab Injil dipercayai merujuk kepada zigurat orang-orang Babylon.

Piramid Besar Kufu  
  • satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal
     
             
               Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza, Mesir. Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (digelar piramid permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan. Pada masa itu, juga terdapat sebuah bandar untuk pekerja-pekerja yang mengandungi antaranya perkuburan, kilang-kilang roti, kilang bir serta kompleks peleburan tembaga. Satu dari piramid kecil mengandungi makam ratu Hetepheres (dijumpai pada 1925), yang merupakan adik dan isteri Snefru dan juga ibu kepada Khufu. Banyak lagi kompleks-kompleks bangunan yang masih dalam usaha mencari dan menganalisis untuk Projek Pemetaan Giza.
              Beberapa ratus meter dari barat daya Piramid ini terletaknya Piramid Khafre, yakni makam waris Khufu yang membina Sfinks Agung. Lagi beberapa ratus meter dari barat daya Piramid Khafre terletaknya Piramid Menkaure yang merupakan makam waris Khafre. Tingginya hanya setengah daripada Piramid Khafre. Walau bagaimanapun daripada gambar foto, ia kelihatan tertinggi di kalangan ketiga-tiga piramid disebabkan ia lebih curam dan dibina di atas tanah yang lebih tinggi.


    Rahsia Tersembunyi Di belakang Piramid

              Pandangan bahawa tamadun berkembang daripada tahap primitif kepada peringkat yang lebih maju merupakan satu pembohongan yang cuba dicipta oleh evolusionis dalam sejarah.

    Sekiranya seseorang membuang kekarutan dan prasangka evolusionis, serta mendalami rujukan dan penemuan sejarah dengan minda saksama, pasti dia akan menemui banyak tamadun yang menggunakan teknologi lebih canggih dan maju.

    Tinggalan dari Mesir purba, tamadun Maya dan Sumeria menunjukkan bahawa pelbagai cabang sains seperti elektrik, elektrokimia, elektromagnetik, kaji logam, hidrogeologi, perubatan, kimia dan fizik telah digunakan sehingga ke tahap yang amat meluas.

    Elektrik telah dijana dan digunakan secara meluas pada zaman Mesir purba. Bateri Baghdad dan lampu arka pertama telah digunapakai pada masa tersebut.

        Artifak pemerintahan Mesir kuno termasuk makam firaun Tutankhamun, satu-satunya makam firaun paling lengkap yang berjaya diselamatkan daripada pencari harta karun. Sebelum ini, ada kajian menarik yang dilakukan oleh arkitek Perancis mengenai Piramid Giza.


     
    PARIS: Arkitek Perancis mendakwa membongkar misteri bagaimana piramid Giza di Mesir dibina dari dalam ke luar dan bukan sebaliknya seperti tekaan sebelum ini.
    Selepas mengkaji piramid selama lapan tahun, Jean-Pierre Houdin, kelmarin mendedahkan hasil kajiannya dan menunjukkan lakaran tiga dimensi bagaimana pekerja Mesir purba mengangkut blok batu seberat 2.5 tan setiap satu untuk membina piramid Giza, di luar Kaherah.
    Pembinaan Piramid 4,500 tahun lalu oleh raja bernama Khufu, juga dikenali sebagai Cheops, sudah lama membingungkan saintis. Teori paling kerap dikemukakan ialah tanjakan berlingkar dibina di luar struktur piramid bagi mengangkut batu dan menyusunnya bagi membentuk piramid. Namun, menurut teori Houdin , pembinaan piramid pada peringkat bawah hingga ke ketinggian 43 meter menggunakan tanjakan di luar piramid bagi mengangkat dan menyusun batu besar berkenaan.
    Bagaimanapun pada paras selanjutnya, tanjakan berlingkar di dalam rangka piramid dibina untuk menyiapkan struktur itu. Houdin berkata, kajiannya turut mengambil kira kajian yang dibuat oleh Gilles Dormion, rakyat Perancis yang sudah lebih 20 tahun mengkaji pembinaan piramid. Houdin berkata beliau mahu menguji teorinya dengan membuat siasatan di piramid itu sendiri.

Saturday, 28 July 2012

Seni Bina Tamadun China


Taman Tiantan, Beijing (SENIBINA CHINA)

Taman Tiantan Beijing atau dikenali sebagai The Temple of Heaven Beijing merupakan kompleks bangunan untuk persembahyang kepada langit yang diadakan oleh maharaja-maharaja pada zaman purba yang skopnya paling besar dan dipelihara paling baik di China. Taman Tiantan terkenal dengan susunannya yang rapi, bangunannya yang ajaib dan hiasan pembinaannya yang cantik dan merupakan warisan seni bina bernilai tinggi dunia. Pada tahun 1998, Taman Tiantan disenaraikan sebagai Warisan Dunia.
Taman Tiantan mula dibina pada tahun 1420 dan terletak di sebelah selatan Kota Larangan atau dikenali sebagai The Forbidden City, iaitu istana diraja pada zaman dinasti-dinasti Ming dan Qing China. Keluasan Taman Tiantan mencatat 2 juta 700 ribu meter persegi dan merupakan 5 kaliganda daripada keluasan Kota Larangan Beijing. Sama seperti Kata Larangan Beijing, bangunan utama Taman Tiantan dibina sejajar dari selatan ke utara menurut garis tengah,bangunan-bangunannya sangat megah.

Orang China pada zaman purba menganggap langit berbentuk bulat dan bumi berbentuk empat segi. Berdasarkan fahaman itu, dua lapis tembok Taman Tiantan berbentuk bulat di sebelah utara sebagai lambang langit dan berbentuk 4 segi di sebelah selatan sebagai lambang bumi.
                                                                  
Bangunan-bangunan utama di Taman Tiantan seperti Dewan Qinian, Yuanqiu dan Qionghuangyu semuanya berbentuk bulat dan melambangkan langit.
Dewan Qinian merupakan tempat maharaja bersembahyang kepada langit mengurniai cuaca baik supaya mencapai hasil pertanian yang baik. Dewan yang berbentuk bulat itu setinggi kira-kira 40 meter dan garis tengahnya 32 meter. Dewan itu dibina dengan kayu dan atapnya mempunyai 3 lapis pinggiran. Di tengah dewan itu terdapat 4 batang tiang setinggi 20 meter yang melambangkan 4 musim setahun, di sekitar 4 tiang itu terdapat 12 batang tiang yang melambangkan 12 bulan setahun dan di luar 12 tiang itu terdapat pula 12 batang tiang yang melambangkan 12 masa sehari. Bumbung dewan itu disadurkan dengan emas, genting glaze berwarna biru di atap sangat indah. Dewan itu dibina di atas dasar batu putih halus berkualiti 3 tingkat yang tinggi sehingga menjadi lebih megah lagi.
Yuanqiu merupakan tempat maharaja mengadakan upacara menyembahkan langit. Ia merupakan satu pentas batu berbentuk bulat 3 tingkat. Berdiri di pusat pentas itu seolah-olah berada di tengah langit dan bumi yang bersambungan.
Huangqiongyu merupakan satu pekarangan yang dikelilingi oleh tembok berbentuk bulat. Seandainya bercakap dengan suara rendah di kaki tembok, orang yang berdiri di kaki tembok sebelah lain dapat dengar cakapnya dengan sangat jelas. Tembok itu dibina oleh tukang bina zaman itu berdasarkan ilmu vokal.

                     
Rekaan, perhitungan dan pembinaan bangunan berbentuk bulat adalah lebih rumit daripada bangunan berbentuk 4 segi. Bangunan di Taman Tiantan dengan rekaan dan perhitungan yang rumit dan pembinaan yang saintifik telah memperlihatkan taraf sains pembinaan China yang tinggi pada pertengahan abad ke-16.
Taman Tiantan bukan sahaja merupakan bangunan purba China yang terbaik, malah telah memanifestasikan fahaman falsafah zaman purba China. Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO PBB memberi penilaian kepada Taman Tiantan seperti berikut: Taman Tiantan telah memperlihatkan hubungan antara langit dengan bumi baik dari segi susunan keseluruhannya ataupun dari segi setiap bangunan, hubungan semacam ini menduduki tempat terutama dalam pandangan dunia orang China pada zaman purba.
                                            




Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja China yang mula digunakan semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.
Dibina pada 1406 hingga 1420, kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi). Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional, pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987, dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di dunia.
Sejak 1924, Kota Larangan telah diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing. Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China.




TEMBOK BESAR CHINA

Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).

Sejarah
Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:
  1. 208 SM (Dinasti Qin)
  2. Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
  3. Abad ke-7 (Dinasti Sui)
  4. 1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
  5. 1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)
Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.

Pemandangan dari menara pemerhati
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.
 





TAMAN YIHE (SENIBINA CHINA)
Sebagai kota budaya terkenal yang bersejarah lama, Beijing dikenal masyarakat internasional dengan taman-taman yang indah dan banyak jumlahnya. Ciri paling menonjol taman-taman di kota Beijing ialah gaya dan corak kerajaannya. Baik istana maupun kuil, punjung atau bangunan rumah kental bercorak kerajaan gaya arsitektur dan tata ruangnya. Dengan mengunjungi taman-taman itu, kita tidak saja dapat menikmati keindahan pemandangannya, dapat pula menelusuri jejak perjalanan sejarahnya. Saudara pendengar, dalam Ruangan Bertamasya di Tiongkok edisi ini, Anda akan kami ajak berkunjung ke Taman Yihe, sebuah taman kerajaan di Beijing.

Taman Yihe atau yang dikenal dengan Taman Musim Panas terletak di bagian barat laut kota Beijing, sebelumnya adalah sebuah taman yang dinamakan Taman Qingyi, terutama terdiri atas Bukit Wanshou dan Danau Kunming. Di bukit dan tepi danau itu dibangun banyak punjung dan bangunan rumah. Telah menjadi tradisi di Beijing bertamasya di danau itu pada musim panas. Berhubung indahnya pemandangan di sana, lama kelamaan, daerah itu menjadi tempat bermain-main bagi keluarga kaisar, khususnya pada zaman Dinasti Qing ( antara tahun 1616 dan 1911), daerh itu menjadi taman kerajaan yang hanya dinikmati oleh keluarga kaisar.
Wakil Kepala Taman Yihe, Gao Dawei mengatakan,
"Taman Yihe yang mulai dibangun pada tahun 1750 dan selesai pada tahun 1764 merupakan taman kerajaan yang terbesar dan terpelihara paling utuh di Tiongkok. Pada tahun 1998, taman itu dicantumkan sebagai warisan budaya dunia."
Dikatakan oleh Gao Dawei,
"Kaisar Qianlong dari Dinasti Qing enam kali mengadakan kunjungan ke Tiongkok selatan. Selain mengadakan kunjungan kerja, ia membawa serta banyak pelukis. Setiap mengunjungi taman-taman yang indah, ia memerintahkan pelukis-pelukis itu menggambarnya untuk dibawa pulang ke ibukota sebagai contoh taman kerajaan yang sedang dibangun."
Taman Yihe mengambil tempat seluas 290 hektar, panjang keliling 8 kilometer dengan 3.000 lebih bangunan pertamanan. Di taman ini terdapat banyak objek pemandangan, namun tata ruangnya sangat rapi dan teratur. Objek-objek pemandangan itu terletak di bukit dan dekat dengan danau. Bangunan-bangunan di bukit berlapis-lapis menanjak ke atas, tampak indah dan megah. Sedang koridor dan peranginan di tepi danau tampak menjulur jauh ke dalam.
Masuk dari Gerbang Timur belok ke barat adalah gerbang Renshou, di sisi gerbang terdapat dua patung binatang berbentuk seperti kera dan babi, melambangkan pintu ini dijaga oleh raja kera Sun Wukong dan Zhu Bajie, dua tokoh dalam dongeng Ziarah Ke Barat. Istana Renshou di dalamnya adalah tempat kaisar berkantor sehari-hari. Dua bangunan kecil di sebelah utara dan selatan istana itu adalah tempat ibusuri dan kaisar beristirahat setelah para pejabat menghadap kaisar melaporkan pekerjaan.
Di sebelah utara Istana Renshou adalah Taman Dehe yang merupakan panggung pertunjukan. Panggung ini dibangun oleh Kaisar Tongzhi dan ibunya yakni Ibusuri Cixi dengan menghabiskan dana 710 ribu tael perak. Di sebelah selatannya adalah Danau Kunming yang indah pemandangannya dengan latar Gunung Xixhan dan Pagoda Yuquan di atasnya.
Di tepi danau terdapat Balai Yulan, dan di belakangnya adalah Balai Yiyun yang merupakan tempat tinggal permaisuri Kaisar Guangxi. Balai Leshou di sebelah barat lautnya adalah tempat Ibusuri Cixi menginap setiap tahun antara bulan empat sampai bulan sepuluh almanak Imlek.
Keluar dari Balai Leshou, sampailah kita di Koridor Panjang yang terkenal. Koridor yang dibangun pada tahun 1750 itu panjangnya 728 meter, merupakan yang terpanjang dari bangunan pertamanan di Tiongkok. Koridor ini menghubungkan pemandangan gunung, danau dan berbagai bangunan dengan sangat serasi. Pada koridor itu terdapat lebih 14.000 lukisan berwarna berisi cerita sejarah, dongeng, opera dan sebagainya. Lukisan-lukisan pemandangan alam, bunga, burung dan binatang-binatang lain sangat hidup dan indah.
Gao Dawei mengatakan,
"Kaisar Qianlong mempunyai ruang lukis dalam istana, sejumlah besar tukang lukis dididik dan dilatih di sini turun temurun. Lukisan di Koridor Panjang justru adalah buah tangan mereka."
Keluar dari Koridor Panjang terdapat sebuah gapura besar yang dinamakan Gerbang Paiyun, di kedua sisinya ada 12 batu yang bentuknya mirip 12 binatang sio yang melambangkan tahun kelahiran. Di balik gapura itu adalah sekelompok bangunan beratap glasir warna kuning keemasan, itulah istana Paiyun yang merupakan bangunan sentral di Taman Yihe. Istana Paiyun tadinya dinamakan Kuil Yanshou artinya Kuil Umur Panjang yang dibangun Kaisar Qianlong untuk ulang tahun ke-60 ibunya. Istana itu diubah namanya menjadi Istana Paiyun ketika dibangun kembali oleh Ibusuri Cixi. Istana Paiyun digunakan Cixi untuk menerima ucapan selamat hari ulang tahunnya. Paviliun Foxiang yang dibangun di lereng bukit setinggi lebih 60 meter adalah lambang Taman Yihe dan merupakan salah satu inti sari bangunan kuno Tiongkok yang memiliki nilai seni arsitektur yang tinggi. Melepas pandang ke Danau Kunming dari Paviliun Foxiang terasa seakan berada di alam dewata.
Ketika tentara gabungan Inggris dan Perancis mengagresi Beijing pada tahun 1860, Taman Yihe yang indah megah musnah dibakar oleh tentara agresor. Gao Dawei mengatakan,
"Tahun 1886, Kaisari Guangxi membangun kembali Taman Yihe untuk Ibusuri Cixi dengan memakan waktu 10 tahun." Namun, kelompok bangunan di Bukit Belakang tidak dapat dipugar seluruhnya, dan sampai sekarang masih tampak bekas bakaran. Tahun 1900, tentara gabungan 8 negara mengagresi Beijing, Taman Yihe sekali lagi tertimpa musibah, dan dibangun kembali pada tahun 1902. Tahun 1924, Taman Yihe dijadikan taman untuk umum.
Pasang surut selama ratusan tahun telah menggoreskan gaya yang khas pada Taman Yihe. Mengenai taman kerajaan itu, Wakil Kepala Taman Yihe Gao Dawei mengatakan,
"Taman Yihe di Beijing merupakan peragaan luarbiasa seni pertamanan di Tiongkok. Taman yang menyatukan lanskap budaya dengan pemandangan alam ini memiliki kedudukan tinggi dalam sejarah pertamanan di Tiongkok."
Taman Yihe , sebuah taman kerajaan zaman kuno yang terkenal ini setiap tahun dikunjungi berpuluh-puluh ribu tamu dari dalam dan luar negeri, kalau Anda berminat, silakan datang untuk menyaksikan sendiri dari dekat.


ISTANA POTALA (SENIBINA CHINA)

Istana Potala yang terletak di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet China digelar sebagai "mutiara di bumbung dunia". Pada tahun 1994, Istana Potala disenaraikan sebagai Warisan Budaya Dunia.

Istana Potala terletak di lereng Gunung Hongshan di pusat Bandar Lhasa. Istana Potala mula dibina semasa pemerintahan Songzanganbu Tibet pada abad ke-7 masihi dan pada mulanya dinamakan Istana Hongshan. Kemudian, istana itu kian hari semakin banyak yang runtuh. Pada abad ke-17, Dalai Lama ke-5 membina semula Istana Potala. Semenjak itu, Istana Potala menjadi pusat politik dan agama Tibet. Istana Potala 13 tingkat dan setinggi 110 meter dan merupakan bangunan purba yang paling tinggi di Tibet. Istana itu dibina dengan batu dan kayu. Tembok istana itu dibina dengan batu granit. Tembok yang paling tebal mencatat 5 meter. Demi menambah kekukuhannya, kerangka besi telah diletakkan dalam lapisan tembok, dengan cara ini, masalah mengelakkan diri daripada serangan petir juga telah diselesaikan.


Istana Potala terdiri daripada Istana Putih di bahagian timur, Istana Merah di bahagian tengah dan rumah Lama berwarna putih di bahagian barat. Kerana Istana Potala dibina di lereng gunung, maka bangunan itu sangat tinggi dan megah, strukturnya kukuh dan mencapai taraf tinggi dalam estetika seni bina. Istana Putih merupakan tempat penginapan Dalai Lama, manakala Istana Merah merupakan beberapa dewan Buddha dan tempat pagoda didirikan sebagai makam Dalai Lama jenerasi-jenerasi dahulu. Antara pagoda-pagoda tersebut yang paling mewah ialah pagoda makam Dalai Lama ke-5 Luosangjiacuo. Pagoda itu setinggi 15 meter, pagoda itu terletak pada dasar yang berbentuk empat segi. Mayat Dalai lama ke-5 Luosangjiacuo dipelihara dengan rapi dan disimpan dalam pagoda itu. Pagoda itu disalut dengan 3724 kilogram emas dan sebanyak lebih 15 ribu butir berlian, permata, jed, mutiara dan batu akik yang berharga. Banyak alat persembahan tersimpan dalam dasar pagoda itu.

Dalam pembinaan semula Istana Potala semenjak abad ke-17, pelukis terbaik di Tibet telah melukis puluhan ribu lukisan yang cantik pada dinding-dinding dewan, laluan dan koridor di Istana Potala. Lukisan-lukisan tersebut telah menceritakan kisah tentang tokoh sejarah, kitab Buddha, bangunan, adat-resam rakyat, sukan dan aktiviti hiburan. Lukisan-lukisan tersebut adalah karya kesenian yang mempunyai nilai tinggi. Selain itu, dalam Istana Potala juga tersimpan 10 ribu buah barang kesenian seperti pahatan batu, kayu dan tanah liat, artifak sejarah seperti kitab agama Buddha yang ditulis pada daun serta barang kesenian kraf tangan tradisional seperti permaidani etnik Tibet, barang tembikar dan jed, barang-barang kesenian tersebut bukan sahaja mempunyai nilai kesenian yang tinggi, tetapi juga telah mencerminkan pertukaran bersahabat dan pertukaran kebudayaan antara bangsa Han dan etnik Tibet dalam sejarah selama lebih seribu tahun yang lalu.



Friday, 27 July 2012

Seni Bina Tamadun Indus


Mohenjo-daro

  Mohenjo-daro terletak di Daerah Larkana di Sindh di Pakistan dan adalah salah sebuah penempatan kota terbesar di Tamadun Lembah Indus di India kuno, yang kini. Kota yang dibina sekitar 2600 SM ini adalah salah sebuah penempatan bandar terawal di dunia yang wujud sezaman dengan tamadun Mesir Purba, Mesopotamia, dan Crete. Mohenjo-daro juga digelar "sebuah metropolis kuno di Lembah Indus

  Kepentingan

 Pada zaman kuno, Mohenjo-daro mungkin sekali merupakan salah sebuah pusat pentadbiran Tamadun Lembah Indus kuno.  Pada zaman kemuncaknya, Mohenjo-daro merupakan kota yang paling terbangun dan maju di Asia Selatan, dan mungkin juga di dunia. Perancangan dan kejuruteraannya menunjukkan kepentingan kota ini kepada masyarakat lembah Indus.Tamadun Lembah Indus (c. 3300–1700 SM, f. 2600–1900 SM) merupakan sebuah tamadun sungai kuno yang mekar di lembah sungai Indus di India kuno (kini di Pakistan dan India barat laut). Tamadun ini juga dikenali sebagai "Tamadun Harappa."

 

Penemuan semula dan penggalian
Mohenjo-daro dibina sekitar tahun 2600 SM tetapi dikosongkan sekitar tahun 1500 SM. Pada tahun 1922, kota ini ditemui semula oleh Rakhaldas Bandyopadhyay, seorang pegawai Archaeological Survey of India. Beliau dibawa ke guar itu oleh seorang sami Buddha yang mempercayai bahawa guar tersebut adalah sebuah stupa. Pada 1930-an, kerja penggalian besar-besaran dijalankan atas kepimpinan John Marshall, K. N. Dikshit, Ernest Mackay, dan lain-lain lagi. Kereta John Marshall yang digunakan oleh para pengarah tapak masih berada di muzium Mohenjo-daro sebagai tanda memperingati pergelutan dan dedikasi mereka kepada Mohenjo-daro. Kerja penggalian selanjutnya dijalankan oleh Ahmad Hasan Dani dan Mortimer Wheeler pada tahun 1945.

 

  ARTIFAK

Patung "raja pendeta"


Sebuah patung lelaki duduk berukuran tinggi 17.5 cm yang bergelar "Raja Pendeta" (walaupun tiada bukti pendeta atau raja memerintah kota ini), adalah satu lagi artifak yang menjadi lambang tamadun lembah Indus. Patung ini ditemui oleh para ahli arkeologi di Kota Rendah Mohenjo-daro pada tahun 1927. Ia ditemui di sebuah rumah ganjil yang binaan batanya berhias dan berceruk dinding, terlantar di antara dinding asas bata yang pernah menampung tingkat rumah. Patung berjanggut ini memakai pita rambut, lilitan lengan, dan mantel berhias corak trefoil yang asalnya berisi pigmen merah.
 Patung "gadis menari"
  "Muka kecilnya bergaya Baluchi dengan bibir yang muncung dan paras rupa yang kelihatan tidak senonoh. Saya rasa umurnya tak lebih lima belas tahun, tetapi tidak memakai apa-apa selain gelang di lengan. Seorang gadis yang betul-betul yakin pada diri sendiri dan dunia pada ketika ini. Saya rasa tiada yang seumpamanya di dunia ini."
                                           ahli arkeologi British Mortimer Wheeler

Patung "gadis menari" yang ditemui di Mohenjo-daro adalah sebuah artifak yang berusia sekitar 4500 tahun. Patung gangsa berkepanjangan 10.8 cm ini ditemui di sebuah rumah di Mohenjo-daro pada tahun 1926. 
 

.Taraf UNESCO

 Kerja-kerja pemeliharaan Mohenjo-daro digantung pada Disember 1996 setelah berhentinya pembiayaan dari kerajaan dan pertubuhan antarabangsa. Bagaimanapun, pada April 1997, Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) membiayai projek $10 juta untuk perlindungan tapak dan struktur-struktur yang masih berdiri dari pembanjiran selama 20 tahun.
 

Seni Bina dan Prasarana Bandar

 Mohenjo-daro adalah sebuah binaan purbakala yang luar biasa, kerana mempunyai susun atur terancang yang berasaskan grid jalanan yang tersusun mengikut corak yang kemas sekali. Pada kemuncaknya, kota ini barangkali diduduki kira-kira 35,000 orang. Binaan-binaan di kota ini begitu maju, dengan struktur-struktur yang terdiri daripada batu-bata buatan lumpur dan kayu bakar terjemur matahari yang sekata saiznya.

Jelapang Besar

 Bangunan-bangunan awam di kota-kota ini adalah tanda masyarakat yang sangat terancang. Binaan yang bergelar Jelapang Besar di Mohenjo-daro mengikut tafsiran Sir Mortimer Wheeler pada tahun 1950 direka dengan ruang-ruang untuk menyambut pedati yang menghantar hasil tanaman dari desa, dan juga terdapat salur-salur untuk mengedarkan udara di bawah bijian dalam jelapang untuk mengeringkannya. Namun demikian, Jonathan Mark Kenoyer memperhatikan bahawa tiada bukti pernah adanya bijian dalam "jelapang" ini. Oleh itu, Kenoyer mengatakan lebih wajar diberikannya nama "Dewan Besar".

Permandian awam besar

 Berhampiran jelapang tersebut ada sebuah lagi binaan awam yang pernah berfungsi sebagai permandian awam besar, dengan tetangga yang turun ke arah kolam berlapik batu-bata di dalam halaman berderetan tiang. Kawasan permandian berhias ini memang tegap sekali dengan selapisan tar semulajadi yang menghambat kebocoran, di samping sebuah kolam di tengah-tengah. Kolam yang berukuran 12m x 7m, dengan kedalaman 2.4m ini barangkalinya digunakan untuk upacara keagamaan atau kerohanian.
 

Saliran air

 Di dalam kota, rumah-rumah disalurkan air dari perigi. Sesetengah rumah ini dilengkapi bilik yang kelihatan diuntukkan untuk bermandi. Air buangan disalurkan ke longkang tertutup yang membarisi jalan-jalanan utama. Pintu masuk rumah hanya menghadap halaman dalam dan lorong-lorong kecil. Terdapat berbagai-bagai binaan yang hanya setinggi satu dua aras. Sebagai kota pertanian, Mohenjo-daro juga bercirikan perigi besar dan pasar pusat. di samping sebuah binaan yang ada genahar bawah tanah (hipokos) yang mungkin sekali digunakan untuk pemanasan mandi.

 

Kubu dan Pertahanan

 

Mohenjo-daro adalah sebuah kota yang cukup berkubu. Biarpun tiada tembok kota, namun adanya menara di barat petempatan utama, dan perkubuan pertahanan di selatan. Harappa dan Mohenjo-daro berkongsi susun atur seni bina yang agak mirip, dan tidak berkubu kuat seperti tapak-tapak lain di Lembah Indus. Namun jelas sekali dari keirasan susun atur kota di semua tapak-tapak Indus, bahawa pernah adanya suatu kepusatan politik atau pentadbiran, cuma tidak jelas lagi sejauh manakah benarnya dan fungsi-fungsi pusat pentadbiran tersebut.
 
Mohenjo-daro dimusnahkan dan dibina semula bersilih ganti sekurang-kurangnya tujuh kali. Setiap kali, kota baru dibina terus di atas kota lama. Pembanjiran dari Sungai Indus disangka menjadi punca kemusnahan.

Kota ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Kubu Kota dan Kota Rendah. Kebanyakan kawasan Kota Rendah masih belum ditemui, tetapi sememangnya Kubu Kota ini ada sebuah permandian awam, sebuah struktur perumahan besar yang direka untuk menempatkan 5,000 warga, dan dua buah dewan perhimpunan besar.
 
Mohenjo-daro, Harappa dan tamadun masing-masing, lenyap tanpa kesan dari sejarah sehingga ditemui semula pada 1920-an. Kerja penggalian besar-besaran dilakukan di situ pada 1920-an, namun tiada penggalian mendalam yang dijalankan sejak 1960-an.

 


Sunday, 8 July 2012

Seni Bina Tamandun Mesopotamia


Seni bina tamadun Mesopotamia dapat dilihat melalui tiang batu dan arca. Seni bina mereka seperti lengkungan, bumbung yang melengkung dan kubah yang kemudian dituru oleh orang Rom. Apabila Mesopotamia diperintah oleh puak Chaldea yang menjadikan Babylon sebagai pusat pemerintahan ( yang bermula pada tahun 625 SM) sebagai dinasti yang akhir sekali memerintah zaman keagunganMesopotamia, salah seorang pemerintahnya yang bernama Nebuchadnezzar telah mengindahkan kota Babylon. Baginda mencantikkan Babylon melalui seni bina iaitu dengan membina banyak bangunan yang indah-indah yang dibuat dari tanah liat (tanah liat merupakan satu-satunya bahan tempatan yang diperolehi di Mesopotamia pada masaitu) seperti kuil, pintu gerbang, jambatan dan istana. Bagi mencantikkannya lagi, baginda hiasi dengan taman-taman bunga yang indah. Inilah yang dinamakan Taman Tergantung Babylon yang menjadi satu daripada tujuh benda ajaib di dunia.

Binaan zigura
Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak kepada Nabopolassar yang telah menguasai Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad,Iraq di sebelah tebing timur Sungai Euphrates.
Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air ke tempat tinggi.
Menurut sesetengah sumber, taman tersebut dibina untuk menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampung halaman. Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan taman.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul "tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari terjemahan yang kata Yunanikremastos atau kata Latin pensilis, yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti terletak di atas beranda atau suatu teres.
Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."
Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di sekelilingnya yang tandus.
"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik, memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." — Diodorus Siculus.
Sejarah Taman Tergantung Babylon
Taman Tergantung Babylon

Bagaimana rupanya taman tergantung Babylon? Seseorang pernah melukiskannya melalui sebuah puisi : ”Seseorang boleh minum pati buah di taman ini, hanya dengan menghidu aroma pokoknya sahaja.”


Ketika angin berhembus, daun-daun palma berguguran dibawa angin mengambang ke kolam-kolam lili air, dan ke kota Babylon di bawahnya. 
          Seluruh wilayah kota terbesar pertama di masa kuno ini (penduduknya dianggarkan 200.000 orang) kelihatan sangat jelas dari puncak taman.
Walaupun berada di dataran tinggi, namun seluruh tanaman disirami air setiap hari. Sistem pengairan taman ini sangat menakjubkan. Tidak salah kiranya jika Philon, ahli falsafah Yunani yang gemar mengembara mencatatnya sebagai satu dari tujuh keajaiban kuno dunia. Taman ini sangat memikat hati.
   Sejarah Pembuatan Taman Tergantung
Babylon yang merupakan ibukota dari Babylon, kerajaan kuno Mesopotamia, iaitu sebuah kota yang terletak berhampiran sungai Euphrates, yang sekarang dikenali sebagaiIraqselatan.
Berdasarkan sejarah, dinasti pertama dari Babylon didirikan oleh Hammurabi pada masa Neo-Babylonian setelah kehancuran kerajaan Assyrian. Babylon menjadi salah satu kota terpenting pada zaman Timur Tengah kuno ketika Hammurabi (1792-1750 BC), menjadikannya ibukota kerajaan Babylon.
Kebudayaan bangsa Babylon dibina dengan sangat baik dan catatan cuneiform yang berjaya ditemui menunjukkan, agama, sejarah, dan ilmu pengetahuan pada masa itu sangat berkembang.
Ubat-ubatan, kimia, alchemy, botany, matematik, dan astronomi juga dipraktikkan. Agama dan tulisan kuno yang berbentuk cuneiform ini berasal dari kebudayaan Sumer yang lebih tua. 
Mereka juga mengembangkan bentuk abstrak dari tulisan berdasarkan symbol cuneiform (berbentuk baji). Tulisan ini ditulis di tanah liat yang basah dan dibakar dibawah terik matahari.
“Dongeng tentang penciptaan” bangsa babylon ditulis dalam tujuh lembaran tanah liat dan ditampilkan serta dibacakan pada festival tahun baru di Babylon. 
Lembaran-lembaran ini mengisahkan tentang kejayaan Tuhan Kota Babylon, Marduk, dan bagaimana Marduk boleh menjadi Tuhan tertinggi, Raja semua Tuhan yang ada di syurga dan bumi.

Towel of Babel

Tower of Babel

Bangsa Babylon mempunyai sistem angka yang lebih maju dari yang kita miliki sekarang, dengan sistem posisi dengan dasarnya 60. Mereka juga membuat tabel untuk membantu dalam proses perhitungan. 


Mereka membahagi hari sama seperti yang sekarang kita lakukan, 24 jam dengan 60 minit, untuk setiap jam dan setiap 60 minit.
Adat kebiasaan bangsa Babylon ini ikut mempengaruhi bangsa Assyria dan turut memberikan kontribusi terhadap sejarah Timur Tengah dan Eropah Barat dikemudian hari.
Babylon mengalami kemerosotan dan jatuh kedalam anarki sekitar 1180 BC, tetapi kemudian bangun berkembang kembali sebagai sebahagian negara  dari kerajaan Assyria selepas abad ke 9 BC.
Babylon akhirnya dihancurkan pada 689 BC, oleh bangsa Assyria dibawah kepemimpinanSennaCherib, tetapi kembali dibina lagi.  
Nabopolassar mendirikan apa yang sekarang dikenali sebagai Chaldean atau kerajaan baru Babylon pada 625 BC, dan akhirnya mencapai masa keemasannya dibawah pemerintahan anaknya Nebuchadnezzar (604-562 BC).
Kejayaan serta kemegahan Babylon menjadi terkenal dan legenda sejak naik tahtanya Nebuchadnezzar, yang dipercayai sebagai pembina Taman Tergantung Babylon.

Persembahan Rasa Cinta

Seperti juga Taj Mahal di India, yang dibina oleh Shah Jahan untuk permaisuri terkasihnya Mumtaz Mahal, taman bergantung Babylon ini pun merupakan sebuah persembahan cinta.




Taman ini dibina Nebukadnezar II yang memerintah dari tahun 605-562 SM, dikhas bagi Amytis, permaisuri tercintanya yang berasal dari kerajaan Media. Kerajaan Media berpusat di pergunungan Persia (Iran).
Kemahuan Amytis besar diantara hijaunya pergunungan, serta sejuknya tiupan angin. Keadaan kerajaannya berbeza dengan Babylon. 
Babylon merupakan wilayah datar, kering, dan panas. Ini membuat Amytis selalu terkenang akan hijaunya hutan Media. Ia rindu kembali ke kampung halamannya.
Untuk mengobati kerinduan isterinya Raja Nebukadnezar memerintahkan, untuk membina sebuah taman rendang di dataran tinggi. Taman itu dibina di timur sungai Eufrat (Euphrates), sekitar 50 km selatan Baghdad, Iraq.
Menurut sejarawan Yunani Diodorus Siculus, lebar taman ini 400 kaki, panjangnya 400 kaki dan tingginya sekitar 80 kaki. Taman ini berdiri di atas ‘alas’ yang diperbuat dari batu bata yang ditutup aspal dan keramik (tanah liat dibakar). 
Berfungsi untuk mencegah masuknya resapan air ke tanah yang berkemungkinan besar akan meroboh kestabilan taman.
Sejarawan lainnya, Herodotus mengungkapkan, bahawa taman ini terletak di dalam dinding istana yang berlapis emas yang panjangnya mencapai 56 mil. 
Jalan taman ini sangat lebar hingga membolehkan kereta yang ditarik empat ekor kuda untuk berpatah balik.
Disini juga berdiri kuil-kuil pemujaan yang berisi patung dewa dari emas. Taman ini dibuat bertingkat, lebih tinggi dari bangunan lain di kota Babylon, menimbulkan ilusi ‘tergantung di udara’. 
Kesan ini makin jelas bila taman dilihat dari balik rumah-rumah penduduk. Semua tanaman akan kelihatan tergantung di atas atap perumahan. Inilah sebabnya kenapa taman itu dinamakan taman tergantung.
Disebutkan juga, bahawa taman itu dibina oleh Nebuchadnezzar untuk menghibur isterinya yang sangat suka berada didaerah yang dikelilingi oleh pergunungan.