Powered By Blogger

Sunday, 29 July 2012

Seni Bina Tamadun Mesir Purba

Piramid


        Piramid merujuk kepada bentuk geometri yang terdiri daripada satu tapak dengan pepenjuru yang bersambung dengan kemuncak yang sama, membentuk segitiga. Sekiranya tidak dinyatakan, tapak biasanya empat segi sama. Isipadu piramid adalah A × h / 3, dimana A merupakan luas tapak dan h merupakan ketinggian tapak sehingga ke puncak.

Binaan Piramid

Bangunan berbentuk piramid telah dibina oleh banyak kebudayaan silam. Yang paling terkemuka di antara bangunan piramid adalah di Mesir silam, dimana piramid diperbuat daripada batu padu dibina sebagai makam firaun. Piramid Mesir pertama dibina pada Zaman Kerajaan Lama oleh arkitek Imhotep untuk Raja Zoser (2650 SM).
 
Piramid Besar Kufu
Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan kelonsong batu kapur tersebut telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan sekitarnya pada zaman selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang kelihatan pada masa sekarang.
 
Di selatan Mesir, terdapat juga piramid dibina oleh orang-orang Nubia. Orang-orang Nubia membina lebih banyak piramid berbanding orang-orang Mesir, tetapi ia jauh lebih kecil. Piramid Nubia dibina lebih curam berbanding piramid Mesir dan merupakan tugu untuk raja yang meninggal dan bukanya sebagai makam. Piramid Nubia dibina sehingga 300s S.M. (A.D.)
Orang-orang Babylon juga membina piramid bertingkat yang dikenali sebagai piramid bertingkat, sementara piramid yang dibina di Mesopotamia biasanya dikenali sebagai ziggurat. Menara Babel dalam kitab Injil dipercayai merujuk kepada zigurat orang-orang Babylon.

Piramid Besar Kufu  
  • satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia yang tertua dan yang terakhir masih tinggal
     
             
               Piramid Agung Kufu merupakan piramid yang terbesar dan paling terkenal serta tertua antara tiga piramid (Piramid Kufu, Piramid Khafre dan Piramid Menkaure) di Bandar Kematian Giza, Mesir. Kawasan tersebut bersebelahan dengan bandar moden Kaherah, dan menjadi bahagian utama bagi kompleks bangunan-bangunan yang merangkumi laluan pejalan kaki yang istimewa, dua kuil, tiga piramid yang kecil (digelar piramid permaisuri), lubang-lubang untuk mengebumikan bot-bot serta mastaba-mastaba untuk bangsawan. Pada masa itu, juga terdapat sebuah bandar untuk pekerja-pekerja yang mengandungi antaranya perkuburan, kilang-kilang roti, kilang bir serta kompleks peleburan tembaga. Satu dari piramid kecil mengandungi makam ratu Hetepheres (dijumpai pada 1925), yang merupakan adik dan isteri Snefru dan juga ibu kepada Khufu. Banyak lagi kompleks-kompleks bangunan yang masih dalam usaha mencari dan menganalisis untuk Projek Pemetaan Giza.
              Beberapa ratus meter dari barat daya Piramid ini terletaknya Piramid Khafre, yakni makam waris Khufu yang membina Sfinks Agung. Lagi beberapa ratus meter dari barat daya Piramid Khafre terletaknya Piramid Menkaure yang merupakan makam waris Khafre. Tingginya hanya setengah daripada Piramid Khafre. Walau bagaimanapun daripada gambar foto, ia kelihatan tertinggi di kalangan ketiga-tiga piramid disebabkan ia lebih curam dan dibina di atas tanah yang lebih tinggi.


    Rahsia Tersembunyi Di belakang Piramid

              Pandangan bahawa tamadun berkembang daripada tahap primitif kepada peringkat yang lebih maju merupakan satu pembohongan yang cuba dicipta oleh evolusionis dalam sejarah.

    Sekiranya seseorang membuang kekarutan dan prasangka evolusionis, serta mendalami rujukan dan penemuan sejarah dengan minda saksama, pasti dia akan menemui banyak tamadun yang menggunakan teknologi lebih canggih dan maju.

    Tinggalan dari Mesir purba, tamadun Maya dan Sumeria menunjukkan bahawa pelbagai cabang sains seperti elektrik, elektrokimia, elektromagnetik, kaji logam, hidrogeologi, perubatan, kimia dan fizik telah digunakan sehingga ke tahap yang amat meluas.

    Elektrik telah dijana dan digunakan secara meluas pada zaman Mesir purba. Bateri Baghdad dan lampu arka pertama telah digunapakai pada masa tersebut.

        Artifak pemerintahan Mesir kuno termasuk makam firaun Tutankhamun, satu-satunya makam firaun paling lengkap yang berjaya diselamatkan daripada pencari harta karun. Sebelum ini, ada kajian menarik yang dilakukan oleh arkitek Perancis mengenai Piramid Giza.


     
    PARIS: Arkitek Perancis mendakwa membongkar misteri bagaimana piramid Giza di Mesir dibina dari dalam ke luar dan bukan sebaliknya seperti tekaan sebelum ini.
    Selepas mengkaji piramid selama lapan tahun, Jean-Pierre Houdin, kelmarin mendedahkan hasil kajiannya dan menunjukkan lakaran tiga dimensi bagaimana pekerja Mesir purba mengangkut blok batu seberat 2.5 tan setiap satu untuk membina piramid Giza, di luar Kaherah.
    Pembinaan Piramid 4,500 tahun lalu oleh raja bernama Khufu, juga dikenali sebagai Cheops, sudah lama membingungkan saintis. Teori paling kerap dikemukakan ialah tanjakan berlingkar dibina di luar struktur piramid bagi mengangkut batu dan menyusunnya bagi membentuk piramid. Namun, menurut teori Houdin , pembinaan piramid pada peringkat bawah hingga ke ketinggian 43 meter menggunakan tanjakan di luar piramid bagi mengangkat dan menyusun batu besar berkenaan.
    Bagaimanapun pada paras selanjutnya, tanjakan berlingkar di dalam rangka piramid dibina untuk menyiapkan struktur itu. Houdin berkata, kajiannya turut mengambil kira kajian yang dibuat oleh Gilles Dormion, rakyat Perancis yang sudah lebih 20 tahun mengkaji pembinaan piramid. Houdin berkata beliau mahu menguji teorinya dengan membuat siasatan di piramid itu sendiri.

1 comment: