Mohenjo-daro
Mohenjo-daro
terletak di Daerah Larkana di Sindh di Pakistan dan adalah salah sebuah penempatan kota terbesar di Tamadun
Lembah Indus di India kuno, yang kini. Kota yang dibina sekitar 2600
SM ini adalah salah sebuah penempatan bandar terawal di dunia yang wujud
sezaman dengan tamadun Mesir
Purba, Mesopotamia, dan Crete. Mohenjo-daro juga digelar "sebuah
metropolis kuno di Lembah Indus
Kepentingan
Pada zaman kuno, Mohenjo-daro mungkin sekali merupakan salah sebuah pusat pentadbiran Tamadun Lembah Indus kuno. Pada zaman kemuncaknya, Mohenjo-daro merupakan kota yang paling terbangun dan maju di Asia Selatan, dan mungkin juga di dunia. Perancangan dan kejuruteraannya menunjukkan kepentingan kota ini kepada masyarakat lembah Indus.Tamadun Lembah Indus (c. 3300–1700 SM, f. 2600–1900 SM) merupakan sebuah tamadun sungai kuno yang mekar di lembah sungai Indus di India kuno (kini di Pakistan dan India barat laut). Tamadun ini juga dikenali sebagai "Tamadun Harappa."
Penemuan semula dan penggalian
Mohenjo-daro
dibina sekitar tahun 2600
SM tetapi dikosongkan sekitar tahun 1500 SM. Pada tahun 1922, kota ini ditemui semula oleh Rakhaldas Bandyopadhyay, seorang pegawai Archaeological Survey of India. Beliau dibawa ke guar itu oleh seorang sami
Buddha yang mempercayai bahawa guar tersebut adalah sebuah stupa. Pada 1930-an, kerja penggalian besar-besaran
dijalankan atas kepimpinan John Marshall, K. N. Dikshit, Ernest Mackay, dan lain-lain
lagi. Kereta John Marshall yang digunakan oleh para
pengarah tapak masih berada di muzium Mohenjo-daro sebagai tanda memperingati
pergelutan dan dedikasi mereka kepada Mohenjo-daro. Kerja penggalian
selanjutnya dijalankan oleh Ahmad Hasan Dani dan Mortimer Wheeler pada tahun 1945.
ARTIFAK
Patung "raja pendeta"
Sebuah patung lelaki duduk berukuran tinggi
17.5 cm yang bergelar "Raja Pendeta" (walaupun tiada bukti
pendeta atau raja memerintah kota ini), adalah satu lagi artifak yang menjadi
lambang tamadun lembah Indus. Patung ini ditemui oleh para ahli arkeologi di
Kota Rendah Mohenjo-daro pada tahun 1927. Ia ditemui di sebuah rumah ganjil
yang binaan batanya berhias dan berceruk dinding, terlantar di antara dinding
asas bata yang pernah menampung tingkat rumah. Patung berjanggut ini memakai pita
rambut, lilitan lengan, dan mantel berhias corak trefoil yang asalnya berisi
pigmen merah.
Patung "gadis menari"
"Muka kecilnya bergaya Baluchi dengan bibir
yang muncung dan paras rupa yang kelihatan tidak senonoh. Saya rasa umurnya tak
lebih lima belas tahun, tetapi tidak memakai apa-apa selain gelang di lengan.
Seorang gadis yang betul-betul yakin pada diri sendiri dan dunia pada ketika
ini. Saya rasa tiada yang seumpamanya di dunia ini."
ahli
arkeologi British Mortimer Wheeler
Patung "gadis
menari" yang ditemui di Mohenjo-daro adalah sebuah artifak yang berusia
sekitar 4500 tahun. Patung gangsa berkepanjangan 10.8 cm ini ditemui di
sebuah rumah di Mohenjo-daro pada tahun 1926.
.Taraf UNESCO
Kerja-kerja
pemeliharaan Mohenjo-daro digantung pada Disember 1996 setelah berhentinya pembiayaan
dari kerajaan dan pertubuhan antarabangsa. Bagaimanapun, pada April 1997,
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) membiayai projek $10
juta untuk perlindungan tapak dan struktur-struktur yang masih berdiri dari
pembanjiran selama 20 tahun.
Seni Bina dan Prasarana Bandar
Mohenjo-daro adalah sebuah binaan purbakala yang luar biasa, kerana mempunyai susun atur terancang yang berasaskan grid jalanan yang tersusun mengikut corak yang kemas sekali. Pada kemuncaknya, kota ini barangkali diduduki kira-kira 35,000 orang. Binaan-binaan di kota ini begitu maju, dengan struktur-struktur yang terdiri daripada batu-bata buatan lumpur dan kayu bakar terjemur matahari yang sekata saiznya.
Jelapang Besar
Bangunan-bangunan awam di kota-kota ini adalah tanda masyarakat yang sangat terancang. Binaan yang bergelar Jelapang Besar di Mohenjo-daro mengikut tafsiran Sir Mortimer Wheeler pada tahun 1950 direka dengan ruang-ruang untuk menyambut pedati yang menghantar hasil tanaman dari desa, dan juga terdapat salur-salur untuk mengedarkan udara di bawah bijian dalam jelapang untuk mengeringkannya. Namun demikian, Jonathan Mark Kenoyer memperhatikan bahawa tiada bukti pernah adanya bijian dalam "jelapang" ini. Oleh itu, Kenoyer mengatakan lebih wajar diberikannya nama "Dewan Besar".
Permandian awam besar
Berhampiran
jelapang tersebut ada sebuah lagi binaan awam yang pernah berfungsi sebagai permandian awam besar, dengan tetangga yang turun ke arah kolam
berlapik batu-bata di dalam halaman berderetan tiang. Kawasan permandian
berhias ini memang tegap sekali dengan selapisan tar semulajadi yang menghambat kebocoran, di samping
sebuah kolam di tengah-tengah. Kolam yang berukuran 12m x 7m,
dengan kedalaman 2.4m ini
barangkalinya digunakan untuk upacara keagamaan atau kerohanian.
Saliran air
Di
dalam kota, rumah-rumah disalurkan air dari perigi. Sesetengah rumah ini
dilengkapi bilik yang kelihatan diuntukkan untuk bermandi. Air buangan
disalurkan ke longkang tertutup yang membarisi jalan-jalanan utama. Pintu masuk
rumah hanya menghadap halaman dalam dan lorong-lorong kecil. Terdapat
berbagai-bagai binaan yang hanya setinggi satu dua aras. Sebagai kota
pertanian, Mohenjo-daro juga bercirikan perigi besar dan pasar pusat. di
samping sebuah binaan yang ada genahar bawah tanah (hipokos) yang mungkin sekali digunakan untuk pemanasan
mandi.
Kubu dan Pertahanan
Mohenjo-daro adalah sebuah kota yang cukup berkubu.
Biarpun tiada tembok kota, namun adanya menara di barat petempatan utama, dan
perkubuan pertahanan di selatan. Harappa dan Mohenjo-daro berkongsi susun atur
seni bina yang agak mirip, dan tidak berkubu kuat seperti tapak-tapak lain di
Lembah Indus. Namun jelas sekali dari keirasan susun atur kota di semua tapak-tapak
Indus, bahawa pernah adanya suatu kepusatan politik atau pentadbiran, cuma
tidak jelas lagi sejauh manakah benarnya dan fungsi-fungsi pusat pentadbiran
tersebut.
Mohenjo-daro dimusnahkan dan dibina semula bersilih ganti
sekurang-kurangnya tujuh kali. Setiap kali, kota baru dibina terus di atas kota
lama. Pembanjiran dari Sungai Indus disangka menjadi punca kemusnahan.
Kota ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Kubu Kota dan Kota
Rendah. Kebanyakan kawasan Kota Rendah masih belum ditemui, tetapi sememangnya
Kubu Kota ini ada sebuah permandian awam, sebuah struktur perumahan besar yang
direka untuk menempatkan 5,000 warga, dan dua buah dewan perhimpunan besar.
Mohenjo-daro, Harappa dan
tamadun masing-masing, lenyap tanpa kesan dari sejarah sehingga ditemui semula
pada 1920-an. Kerja penggalian besar-besaran dilakukan di situ pada 1920-an,
namun tiada penggalian mendalam yang dijalankan sejak 1960-an.
Slot machines in Tennessee - JTRH Hub
ReplyDeleteThe first 전주 출장마사지 thing to do when 남원 출장마사지 visiting 서귀포 출장샵 a casino is find out what 경주 출장안마 slot machines are at your table, and how much they cost to play them. 광주광역 출장샵 The games on offer