Seni bina tamadun
Mesopotamia dapat dilihat melalui tiang batu dan arca. Seni bina mereka seperti
lengkungan, bumbung yang melengkung dan kubah yang kemudian dituru oleh orang
Rom. Apabila Mesopotamia diperintah oleh puak Chaldea yang menjadikan Babylon sebagai
pusat pemerintahan ( yang bermula pada tahun 625 SM) sebagai dinasti yang akhir
sekali memerintah zaman keagunganMesopotamia, salah seorang pemerintahnya yang
bernama Nebuchadnezzar telah mengindahkan kota Babylon. Baginda mencantikkan
Babylon melalui seni bina iaitu dengan membina banyak bangunan yang indah-indah
yang dibuat dari tanah liat (tanah liat merupakan satu-satunya bahan tempatan
yang diperolehi di Mesopotamia pada masaitu) seperti kuil, pintu gerbang,
jambatan dan istana. Bagi mencantikkannya lagi, baginda hiasi dengan
taman-taman bunga yang indah. Inilah yang dinamakan Taman Tergantung Babylon
yang menjadi satu daripada tujuh benda ajaib di dunia.
Taman Tergantung Babylon (juga dikenali sebagai Taman
Tergantung Semiramis) dan tembok-tembok Babylon (kini Iraq) telah
dipertimbangkan untuk menjadi salah satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia. Kedua-duanya telah
dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II (604-562 BC), anak
kepada Nabopolassar yang telah menguasai
Kerajaan Babylon dan mengakibatkan berakhirnya tamadun Mesopotamia yang selama
ini dibawah pimpinan Raja Hammurabi (1792-1750 BC). Taman tergantung Babylon
terletak sekitar 50 kilometer selatan Baghdad,Iraq di sebelah
tebing timur Sungai Euphrates.
Taman Tergantung ini juga telah dicatatkan dalam sejarah Yunani
seperti oleh Strabo dan Diodorus Siculus, tetapi tidak banyak bukti yang
menyokong akan kewujudannya. Sesetengah bukti yang dikumpulkan ketika
penggalian istana Babylon hanya menunjukkan sesuatu yang umum tetapi tidak
menunjukkan lebih dari sekadar hiasan yang menarik. Sesetengah berpendapat yang
lokasinya mungkin telah dikelirukan oleh masa yang terlalu lama tambahan pula
dengan kewujudan sebuah taman di Nineveh kerana jelas batu-batu bersurat di
sana lebih menunjukkan yang taman itu telahpun dijumpai. Tulisan pada batu itu
menunjukkan sesuatu alat yang digunakan seakan-akan Skru Archimedes untuk mengangkat air
ke tempat tinggi.
Menurut sesetengah sumber, taman tersebut dibina untuk
menggembirakan isteri Nebuchadnezzar, Amyitis yang rindukan kampung halaman.
Amyitis, anak kepada Raja dari kerajaan Medes, telah berkahwin
dengan Nebuchadnezzar untuk menjalinkan hubungan kerjasama di antara dua
negara. Negara dari mana dia datang adalah sebuah kawasan yang subur menghijau
dan berbukit-bukau tetapi malangnya dia terpaksa berpindah ke kawasan yang rata
dan tandus berbatu di Mesopotamia (sebuah kawasan di barat daya Asia) yang
menyebabkan dia bersedih. Maka, raja memutuskan untuk membina keadaan seperti
kampung halamannya di sebuah bukit tiruan yang berbumbungkan kebun-kebun dan
taman.
Taman Tergantung sebenarnya tidaklah betul-betul
"tergantung" seperti terikat dengan tali. Namanya datang dari
terjemahan yang kata Yunanikremastos atau kata Latin pensilis,
yang bermaksud bukan hanya "tergantung” tetapi "anjung," seperti
terletak di atas beranda atau suatu teres.
Ahli geografi Yunani Strabo, yang memperihalkan tentang taman itu
pada kurun pertama Sebelum Masihi, menulis "Taman tersebut adalah segi
empat sama “quadrangular”, dan setiap sisi adalah sepanjang empat plethra. Ia
mempunyai teres yang bertutup dalam keadaan menaik di atas yang lain, dan
dipasakkan dengan tiang berbentuk petak. Semua itu berongga yang berisi tanah
untuk membenarkan pokok-pokok besar untuk ditanam. Tiang-tiang, ruang dan
teres-teres dibina dari bata yang dibakar dan simen tampalan."
Jika taman itu wujud, ia akan mempamerkan suatu pemandangan yang
menarik: Bukit buatan yang subur menghijau memberi kelainan dari yang lain di
sekelilingnya yang tandus.
"Pendekatan terhadap Taman itu ibarat pinggir bukit dan sebahagian
dari struktur binaan menaik antara satu dengan lain tingkat demi tingkat... Di
atas semua ini, tanah telah diletakkan dan telah ditanamkan pohon-pohon dengan
lebatnya dengan setiap jenis yang, dengan saiznya yang besar dan menarik,
memberikan kesenangan kepada pemiliknya... Air dinaikkan dengan banyaknya dari
sungai walaupun tiada siapapun di luar yang dapat melihatnya." —
Diodorus Siculus.
Sejarah Taman Tergantung
Babylon
Bagaimana rupanya taman
tergantung Babylon? Seseorang pernah melukiskannya melalui sebuah puisi : ”Seseorang
boleh minum pati buah di taman ini, hanya dengan menghidu aroma pokoknya
sahaja.”
Ketika angin berhembus,
daun-daun palma berguguran dibawa angin mengambang ke kolam-kolam lili air, dan
ke kota Babylon di bawahnya.
Seluruh wilayah kota
terbesar pertama di masa kuno ini (penduduknya dianggarkan 200.000 orang)
kelihatan sangat jelas dari puncak taman.
Walaupun berada di dataran
tinggi, namun seluruh tanaman disirami air setiap hari. Sistem pengairan taman
ini sangat menakjubkan. Tidak salah kiranya jika Philon, ahli
falsafah Yunani yang gemar mengembara mencatatnya sebagai satu
dari tujuh keajaiban kuno dunia. Taman ini sangat memikat hati.
Sejarah
Pembuatan Taman Tergantung
Babylon yang merupakan
ibukota dari Babylon, kerajaan kuno Mesopotamia, iaitu sebuah kota yang terletak
berhampiran sungai Euphrates, yang sekarang dikenali sebagaiIraqselatan.
Berdasarkan sejarah,
dinasti pertama dari Babylon didirikan oleh Hammurabi pada
masa Neo-Babylonian setelah kehancuran kerajaan Assyrian. Babylon menjadi salah
satu kota terpenting pada zaman Timur Tengah kuno ketika Hammurabi (1792-1750
BC), menjadikannya ibukota kerajaan Babylon.
Kebudayaan bangsa Babylon
dibina dengan sangat baik dan catatan cuneiform yang berjaya ditemui
menunjukkan, agama, sejarah, dan ilmu pengetahuan pada masa itu sangat
berkembang.
Ubat-ubatan, kimia,
alchemy, botany, matematik, dan astronomi juga dipraktikkan. Agama dan tulisan
kuno yang berbentuk cuneiform ini berasal dari kebudayaan Sumer yang lebih
tua.
Mereka juga mengembangkan
bentuk abstrak dari tulisan berdasarkan symbol cuneiform (berbentuk baji).
Tulisan ini ditulis di tanah liat yang basah dan dibakar dibawah terik
matahari.
“Dongeng
tentang penciptaan” bangsa babylon ditulis dalam tujuh lembaran tanah liat dan
ditampilkan serta dibacakan pada festival tahun baru di Babylon.
Lembaran-lembaran ini
mengisahkan tentang kejayaan Tuhan Kota Babylon, Marduk, dan bagaimana Marduk
boleh menjadi Tuhan tertinggi, Raja semua Tuhan yang ada di syurga dan bumi.
Bangsa Babylon mempunyai
sistem angka yang lebih maju dari yang kita miliki sekarang, dengan sistem
posisi dengan dasarnya 60. Mereka juga membuat tabel untuk membantu dalam
proses perhitungan.
Adat kebiasaan bangsa
Babylon ini ikut mempengaruhi bangsa Assyria dan turut memberikan kontribusi
terhadap sejarah Timur Tengah dan Eropah Barat dikemudian hari.
Babylon mengalami
kemerosotan dan jatuh kedalam anarki sekitar 1180 BC, tetapi kemudian bangun
berkembang kembali sebagai sebahagian negara dari kerajaan Assyria
selepas abad ke 9 BC.
Babylon akhirnya
dihancurkan pada 689 BC, oleh bangsa Assyria dibawah kepemimpinanSennaCherib, tetapi
kembali dibina lagi.
Nabopolassar mendirikan
apa yang sekarang dikenali sebagai Chaldean atau kerajaan baru Babylon pada 625
BC, dan akhirnya mencapai masa keemasannya dibawah pemerintahan anaknya
Nebuchadnezzar (604-562 BC).
Kejayaan serta kemegahan
Babylon menjadi terkenal dan legenda sejak naik tahtanya Nebuchadnezzar, yang dipercayai
sebagai pembina Taman Tergantung Babylon.
Seperti juga Taj Mahal di
India, yang dibina oleh Shah Jahan untuk permaisuri terkasihnya Mumtaz Mahal,
taman bergantung Babylon ini pun merupakan sebuah persembahan cinta.
Taman ini dibina Nebukadnezar II yang memerintah dari tahun 605-562 SM, dikhas bagi Amytis, permaisuri tercintanya yang berasal dari kerajaan Media. Kerajaan Media berpusat di pergunungan Persia (Iran).
Kemahuan Amytis besar
diantara hijaunya pergunungan, serta sejuknya tiupan angin. Keadaan kerajaannya
berbeza dengan Babylon.
Babylon merupakan wilayah
datar, kering, dan panas. Ini membuat Amytis selalu terkenang akan hijaunya
hutan Media. Ia rindu kembali ke kampung halamannya.
Untuk mengobati kerinduan
isterinya Raja Nebukadnezar memerintahkan, untuk membina sebuah taman rendang
di dataran tinggi. Taman itu dibina di timur sungai Eufrat (Euphrates), sekitar
50 km selatan Baghdad, Iraq.
Menurut sejarawan
Yunani Diodorus Siculus, lebar taman ini 400 kaki,
panjangnya 400 kaki dan tingginya sekitar 80 kaki. Taman ini berdiri di atas
‘alas’ yang diperbuat dari batu bata yang ditutup aspal dan keramik (tanah liat
dibakar).
Berfungsi untuk mencegah
masuknya resapan air ke tanah yang berkemungkinan besar akan meroboh kestabilan
taman.
Sejarawan lainnya, Herodotus mengungkapkan,
bahawa taman ini terletak di dalam dinding istana yang berlapis emas yang
panjangnya mencapai 56 mil.
Jalan taman ini sangat
lebar hingga membolehkan kereta yang ditarik empat ekor kuda untuk berpatah
balik.
Disini juga berdiri
kuil-kuil pemujaan yang berisi patung dewa dari emas. Taman ini dibuat
bertingkat, lebih tinggi dari bangunan lain di kota Babylon, menimbulkan ilusi
‘tergantung di udara’.
Kesan ini makin jelas bila
taman dilihat dari balik rumah-rumah penduduk. Semua tanaman akan kelihatan
tergantung di atas atap perumahan. Inilah sebabnya kenapa taman itu
dinamakan taman tergantung.
Disebutkan juga, bahawa
taman itu dibina oleh Nebuchadnezzar untuk menghibur isterinya yang sangat suka
berada didaerah yang dikelilingi oleh pergunungan.
No comments:
Post a Comment