Taman Tiantan, Beijing (SENIBINA CHINA)
Taman
Tiantan Beijing atau dikenali sebagai The Temple of Heaven Beijing merupakan
kompleks bangunan untuk persembahyang kepada langit yang diadakan oleh
maharaja-maharaja pada zaman purba yang skopnya paling besar dan dipelihara
paling baik di China. Taman Tiantan terkenal dengan susunannya yang rapi,
bangunannya yang ajaib dan hiasan pembinaannya yang cantik dan merupakan
warisan seni bina bernilai tinggi dunia. Pada tahun 1998, Taman Tiantan
disenaraikan sebagai Warisan Dunia.
Taman
Tiantan mula dibina pada tahun 1420 dan terletak di sebelah selatan Kota
Larangan atau dikenali sebagai The Forbidden City, iaitu istana diraja pada
zaman dinasti-dinasti Ming dan Qing China. Keluasan Taman Tiantan mencatat 2
juta 700 ribu meter persegi dan merupakan 5 kaliganda daripada keluasan Kota
Larangan Beijing. Sama seperti Kata Larangan Beijing, bangunan utama Taman
Tiantan dibina sejajar dari selatan ke utara menurut garis
tengah,bangunan-bangunannya sangat megah.
Orang China pada zaman purba
menganggap langit berbentuk bulat dan bumi berbentuk empat segi. Berdasarkan
fahaman itu, dua lapis tembok Taman Tiantan berbentuk bulat di sebelah utara
sebagai lambang langit dan berbentuk 4 segi di sebelah selatan sebagai lambang
bumi.
Bangunan-bangunan utama di Taman
Tiantan seperti Dewan Qinian, Yuanqiu dan Qionghuangyu semuanya berbentuk bulat
dan melambangkan langit.
Dewan Qinian merupakan tempat
maharaja bersembahyang kepada langit mengurniai cuaca baik supaya mencapai
hasil pertanian yang baik. Dewan yang berbentuk bulat itu setinggi kira-kira 40
meter dan garis tengahnya 32 meter. Dewan itu dibina dengan kayu dan atapnya
mempunyai 3 lapis pinggiran. Di tengah dewan itu terdapat 4 batang tiang setinggi
20 meter yang melambangkan 4 musim setahun, di sekitar 4 tiang itu terdapat 12
batang tiang yang melambangkan 12 bulan setahun dan di luar 12 tiang itu
terdapat pula 12 batang tiang yang melambangkan 12 masa sehari. Bumbung dewan
itu disadurkan dengan emas, genting glaze berwarna biru di atap sangat indah.
Dewan itu dibina di atas dasar batu putih halus berkualiti 3 tingkat yang
tinggi sehingga menjadi lebih megah lagi.
Yuanqiu merupakan tempat maharaja
mengadakan upacara menyembahkan langit. Ia merupakan satu pentas batu berbentuk
bulat 3 tingkat. Berdiri di pusat pentas itu seolah-olah berada di tengah
langit dan bumi yang bersambungan.
Huangqiongyu merupakan satu
pekarangan yang dikelilingi oleh tembok berbentuk bulat. Seandainya bercakap
dengan suara rendah di kaki tembok, orang yang berdiri di kaki tembok sebelah
lain dapat dengar cakapnya dengan sangat jelas. Tembok itu dibina oleh tukang
bina zaman itu berdasarkan ilmu vokal.
Rekaan, perhitungan dan pembinaan
bangunan berbentuk bulat adalah lebih rumit daripada bangunan berbentuk 4 segi.
Bangunan di Taman Tiantan dengan rekaan dan perhitungan yang rumit dan
pembinaan yang saintifik telah memperlihatkan taraf sains pembinaan China yang
tinggi pada pertengahan abad ke-16.
Taman Tiantan bukan sahaja
merupakan bangunan purba China yang terbaik, malah telah memanifestasikan
fahaman falsafah zaman purba China. Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO PBB
memberi penilaian kepada Taman Tiantan seperti berikut: Taman Tiantan telah memperlihatkan
hubungan antara langit dengan bumi baik dari segi susunan keseluruhannya
ataupun dari segi setiap bangunan, hubungan semacam ini menduduki tempat
terutama dalam pandangan dunia orang China pada zaman purba.
Kota Larangan merupakan istana rasmi bagi maharaja
China yang mula digunakan semasa Dinasti
Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia terletak ditengah-tengah kota Beijing, China, yang kini
menempatkan Muzium Istana. Istana ini telah digunakan sebagai kediaman
bagi maharaja dan keluarganya, selain menjadi pusat istiadat dan politik
kerajaan China selama hampir 500 ratus tahun.
Dibina pada 1406 hingga 1420,
kompleks ini mengandungi 980 buah bangunan yang terselamat dan 8,707 buah bilik
dan merangkumi kawasan seluas 720,000 meter persegi (7,800,000 kaki persegi).
Kompleks istana ini menjadi contoh senibina agam China tradisional,
pengaruh budaya serta pembangunan senibina di Asia Timur
dan tempat-tempat lain. Kota Larangan telah diistiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 1987,
dan disenaraikan oleh UNESCO sebagai himpunan terbesar struktur kayu terpelihara di
dunia.
Sejak 1924, Kota Larangan telah
diletakkan di bawah pentadbiran Muzium Istana, yang telah mengumpul banyak
artifak dan kerja seni yang telah dikumpulkan semasa Dinasti Ming dan Qing.
Sebahagian daripada bekas koleksi muzium kini ditempatkan di Muzium Istana Kebangsaan di Taipei, Taiwan. Kedua-dua
muzium berasal daripada institusi yang sama, tetapi telah berpecah semasa Perang Saudara China.
|
TEMBOK BESAR CHINA |
Tembok Besar China merupakan satu siri kubu China silam yang
dibina sekitar 200 SM dan diperkukuh antara akhir abad ke-14
sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti
Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa
tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad
yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria.
Panjang Tembok Besar China ini
ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai
di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria,
sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada
2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan
yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau
8,851.8 km (5,500.3 bt).
Sejarah
Sebuah tembok
pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh
dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:
- 208 SM
(Dinasti
Qin)
- Abad
ke-1 SM (Dinasti Han)
- Abad
ke-7 (Dinasti Sui)
- 1138
- 1198
(Zaman
Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
- 1368
- 1640
(Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti
Ming)
Tembok besar
pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja
Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan
beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang.
Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud
hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara
hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah
mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika
membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.
Pemandangan
dari menara pemerhati
Tembok Besar
yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming.
Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian
atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh
dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan
puak-puak nomad dari utara.
Tembok Besar
Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah
Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat
sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di
tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada
hujung Jalan Sutera.
TAMAN YIHE (SENIBINA
CHINA)
Sebagai kota budaya terkenal yang
bersejarah lama, Beijing dikenal masyarakat internasional dengan taman-taman
yang indah dan banyak jumlahnya. Ciri paling menonjol taman-taman di kota
Beijing ialah gaya dan corak kerajaannya. Baik istana maupun kuil, punjung atau
bangunan rumah kental bercorak kerajaan gaya arsitektur dan tata ruangnya.
Dengan mengunjungi taman-taman itu, kita tidak saja dapat menikmati keindahan
pemandangannya, dapat pula menelusuri jejak perjalanan sejarahnya. Saudara
pendengar, dalam Ruangan Bertamasya di Tiongkok edisi ini, Anda akan kami ajak
berkunjung ke Taman Yihe, sebuah taman kerajaan di Beijing.
Taman Yihe atau yang dikenal dengan Taman
Musim Panas terletak di bagian barat laut kota Beijing, sebelumnya adalah
sebuah taman yang dinamakan Taman Qingyi, terutama terdiri atas Bukit Wanshou
dan Danau Kunming. Di bukit dan tepi danau itu dibangun banyak punjung dan
bangunan rumah. Telah menjadi tradisi di Beijing bertamasya di danau itu pada
musim panas. Berhubung indahnya pemandangan di sana, lama kelamaan, daerah itu
menjadi tempat bermain-main bagi keluarga kaisar, khususnya pada zaman Dinasti
Qing ( antara tahun 1616 dan 1911), daerh itu menjadi taman kerajaan yang hanya
dinikmati oleh keluarga kaisar.
Wakil Kepala Taman Yihe, Gao Dawei
mengatakan,
"Taman Yihe yang mulai dibangun
pada tahun 1750 dan selesai pada tahun 1764 merupakan taman kerajaan yang
terbesar dan terpelihara paling utuh di Tiongkok. Pada tahun 1998, taman itu
dicantumkan sebagai warisan budaya dunia."
Dikatakan oleh Gao Dawei,
"Kaisar Qianlong dari Dinasti
Qing enam kali mengadakan kunjungan ke Tiongkok selatan. Selain mengadakan
kunjungan kerja, ia membawa serta banyak pelukis. Setiap mengunjungi
taman-taman yang indah, ia memerintahkan pelukis-pelukis itu menggambarnya
untuk dibawa pulang ke ibukota sebagai contoh taman kerajaan yang sedang
dibangun."
Taman
Yihe mengambil tempat seluas 290 hektar, panjang keliling 8 kilometer dengan
3.000 lebih bangunan pertamanan. Di taman ini terdapat banyak objek
pemandangan, namun tata ruangnya sangat rapi dan teratur. Objek-objek
pemandangan itu terletak di bukit dan dekat dengan danau. Bangunan-bangunan di
bukit berlapis-lapis menanjak ke atas, tampak indah dan megah. Sedang koridor
dan peranginan di tepi danau tampak menjulur jauh ke dalam.
Masuk dari Gerbang Timur belok ke
barat adalah gerbang Renshou, di sisi gerbang terdapat dua patung binatang
berbentuk seperti kera dan babi, melambangkan pintu ini dijaga oleh raja kera
Sun Wukong dan Zhu Bajie, dua tokoh dalam dongeng Ziarah Ke Barat. Istana
Renshou di dalamnya adalah tempat kaisar berkantor sehari-hari. Dua bangunan
kecil di sebelah utara dan selatan istana itu adalah tempat ibusuri dan kaisar
beristirahat setelah para pejabat menghadap kaisar melaporkan pekerjaan.
Di sebelah utara Istana Renshou
adalah Taman Dehe yang merupakan panggung pertunjukan. Panggung ini dibangun
oleh Kaisar Tongzhi dan ibunya yakni Ibusuri Cixi dengan menghabiskan dana 710
ribu tael perak. Di sebelah selatannya adalah Danau Kunming yang indah
pemandangannya dengan latar Gunung Xixhan dan Pagoda Yuquan di atasnya.
Di
tepi danau terdapat Balai Yulan, dan di belakangnya adalah Balai Yiyun yang
merupakan tempat tinggal permaisuri Kaisar Guangxi. Balai Leshou di sebelah
barat lautnya adalah tempat Ibusuri Cixi menginap setiap tahun antara bulan
empat sampai bulan sepuluh almanak Imlek.
Keluar dari Balai Leshou, sampailah
kita di Koridor Panjang yang terkenal. Koridor yang dibangun pada tahun 1750
itu panjangnya 728 meter, merupakan yang terpanjang dari bangunan pertamanan di
Tiongkok. Koridor ini menghubungkan pemandangan gunung, danau dan berbagai
bangunan dengan sangat serasi. Pada koridor itu terdapat lebih 14.000 lukisan
berwarna berisi cerita sejarah, dongeng, opera dan sebagainya. Lukisan-lukisan
pemandangan alam, bunga, burung dan binatang-binatang lain sangat hidup dan
indah.
Gao Dawei mengatakan,
"Kaisar Qianlong mempunyai
ruang lukis dalam istana, sejumlah besar tukang lukis dididik dan dilatih di
sini turun temurun. Lukisan di Koridor Panjang justru adalah buah tangan
mereka."
Keluar dari Koridor Panjang terdapat
sebuah gapura besar yang dinamakan Gerbang Paiyun, di kedua sisinya ada 12 batu
yang bentuknya mirip 12 binatang sio yang melambangkan tahun kelahiran. Di
balik gapura itu adalah sekelompok bangunan beratap glasir warna kuning
keemasan, itulah istana Paiyun yang merupakan bangunan sentral di Taman Yihe.
Istana Paiyun tadinya dinamakan Kuil Yanshou artinya Kuil Umur Panjang yang
dibangun Kaisar Qianlong untuk ulang tahun ke-60 ibunya. Istana itu diubah
namanya menjadi Istana Paiyun ketika dibangun kembali oleh Ibusuri Cixi. Istana
Paiyun digunakan Cixi untuk menerima ucapan selamat hari ulang tahunnya.
Paviliun Foxiang yang dibangun di lereng bukit setinggi lebih 60 meter adalah
lambang Taman Yihe dan merupakan salah satu inti sari bangunan kuno Tiongkok
yang memiliki nilai seni arsitektur yang tinggi. Melepas pandang ke Danau
Kunming dari Paviliun Foxiang terasa seakan berada di alam dewata.
Ketika tentara gabungan Inggris dan
Perancis mengagresi Beijing pada tahun 1860, Taman Yihe yang indah megah musnah
dibakar oleh tentara agresor. Gao Dawei mengatakan,
"Tahun 1886, Kaisari Guangxi
membangun kembali Taman Yihe untuk Ibusuri Cixi dengan memakan waktu 10
tahun." Namun, kelompok bangunan di Bukit Belakang tidak dapat dipugar
seluruhnya, dan sampai sekarang masih tampak bekas bakaran. Tahun 1900, tentara
gabungan 8 negara mengagresi Beijing, Taman Yihe sekali lagi tertimpa musibah,
dan dibangun kembali pada tahun 1902. Tahun 1924, Taman Yihe dijadikan taman
untuk umum.
Pasang
surut selama ratusan tahun telah menggoreskan gaya yang khas pada Taman Yihe.
Mengenai taman kerajaan itu, Wakil Kepala Taman Yihe Gao Dawei mengatakan,
"Taman Yihe di Beijing
merupakan peragaan luarbiasa seni pertamanan di Tiongkok. Taman yang menyatukan
lanskap budaya dengan pemandangan alam ini memiliki kedudukan tinggi dalam
sejarah pertamanan di Tiongkok."
Taman Yihe , sebuah taman kerajaan
zaman kuno yang terkenal ini setiap tahun dikunjungi berpuluh-puluh ribu tamu
dari dalam dan luar negeri, kalau Anda berminat, silakan datang untuk
menyaksikan sendiri dari dekat.
ISTANA POTALA
(SENIBINA CHINA)
Istana Potala yang terletak
di Lhasa, ibu kota Wilayah Autonomi Tibet China digelar sebagai "mutiara
di bumbung dunia". Pada tahun 1994, Istana Potala disenaraikan sebagai
Warisan Budaya Dunia.
Istana Potala terletak di
lereng Gunung Hongshan di pusat Bandar Lhasa. Istana Potala mula dibina semasa
pemerintahan Songzanganbu Tibet pada abad ke-7 masihi dan pada mulanya
dinamakan Istana Hongshan. Kemudian, istana itu kian hari semakin banyak yang
runtuh. Pada abad ke-17, Dalai Lama ke-5 membina semula Istana Potala. Semenjak
itu, Istana Potala menjadi pusat politik dan agama Tibet. Istana Potala 13
tingkat dan setinggi 110 meter dan merupakan bangunan purba yang paling tinggi
di Tibet. Istana itu dibina dengan batu dan kayu. Tembok istana itu dibina
dengan batu granit. Tembok yang paling tebal mencatat 5 meter. Demi menambah
kekukuhannya, kerangka besi telah diletakkan dalam lapisan tembok, dengan cara
ini, masalah mengelakkan diri daripada serangan petir juga telah diselesaikan.
Istana Potala terdiri
daripada Istana Putih di bahagian timur, Istana Merah di bahagian tengah dan
rumah Lama berwarna putih di bahagian barat. Kerana Istana Potala dibina di
lereng gunung, maka bangunan itu sangat tinggi dan megah, strukturnya kukuh dan
mencapai taraf tinggi dalam estetika seni bina. Istana Putih merupakan tempat
penginapan Dalai Lama, manakala Istana Merah merupakan beberapa dewan Buddha
dan tempat pagoda didirikan sebagai makam Dalai Lama jenerasi-jenerasi dahulu.
Antara pagoda-pagoda tersebut yang paling mewah ialah pagoda makam Dalai Lama
ke-5 Luosangjiacuo. Pagoda itu setinggi 15 meter, pagoda itu terletak pada
dasar yang berbentuk empat segi. Mayat Dalai lama ke-5 Luosangjiacuo dipelihara
dengan rapi dan disimpan dalam pagoda itu. Pagoda itu disalut dengan 3724
kilogram emas dan sebanyak lebih 15 ribu butir berlian, permata, jed, mutiara
dan batu akik yang berharga. Banyak alat persembahan tersimpan dalam dasar
pagoda itu.
Dalam pembinaan semula
Istana Potala semenjak abad ke-17, pelukis terbaik di Tibet telah melukis
puluhan ribu lukisan yang cantik pada dinding-dinding dewan, laluan dan koridor
di Istana Potala. Lukisan-lukisan tersebut telah menceritakan kisah tentang
tokoh sejarah, kitab Buddha, bangunan, adat-resam rakyat, sukan dan aktiviti
hiburan. Lukisan-lukisan tersebut adalah karya kesenian yang mempunyai nilai
tinggi. Selain itu, dalam Istana Potala juga tersimpan 10 ribu buah barang
kesenian seperti pahatan batu, kayu dan tanah liat, artifak sejarah seperti
kitab agama Buddha yang ditulis pada daun serta barang kesenian kraf tangan
tradisional seperti permaidani etnik Tibet, barang tembikar dan jed,
barang-barang kesenian tersebut bukan sahaja mempunyai nilai kesenian yang
tinggi, tetapi juga telah mencerminkan pertukaran bersahabat dan pertukaran
kebudayaan antara bangsa Han dan etnik Tibet dalam sejarah selama lebih seribu
tahun yang lalu.